Tuesday, November 15, 2005

Siti Sofea


Kecil molek keletah orangnya
Pintar bijak lagi manja
Pengarang jantung buah hati
Ibarat lilin dimalam hari
Siti Sofia begitulah nama diberi
Mengambil sempena orang yang dah lama pergi
Dalam keluarga cucu ketujoh
Menjadi penawar penghilang keruh
Akan kesunyian ketika tiada
Tetapi ada menjadi huru hara
Nakal dan degil sifat semula jadi
Tetapi pandai mengambil hati
Buat merajuk menjadi pasti
Supaya ketangan semua yang dihajati
Namun hakikat harus ditepati
Jangan sehingga merosak sendiri
Teguh amanah jati diri
Sifat mulia harus dipunyai
Orang tua harus dihormati
Agar selamat dimana pergi

(Khas untok anak sedara kesayangan - Kelipkelip)

No comments: